Rabu, 14 April 2010

Penyelarasan Dalam Negeri dan Penyelarasan antara Persekutuan dengan Negeri

Jawatankuasa:-
1. Jawatankuasa Pembangunan Negeri
2. Jawatankuasa Perancangan Negeri
3. Jawatankuasa Keselamatan Negeri
4. Jawatankuasa Antara Kerajaan
5. Pejabat Setiausaha Persekutuan dan Perbendaharaan Malaysia
Majlis:-
1. Majlis Raja-Raja
2. Majlis Tanah Negara
3. Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan
4. Majlis Kewangan Negara
Suruhanjaya:-
Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri kecuali bagi Negeri Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Pejabat-pejabat Utama Negeri
1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri:-
Ia dianggap sebagai Jabatan Perdana Menteri di peringkat Persekutuan. Ketua Pentadbir utama dan Penasihat Menteri Besar/Ketua Menteri ialah Setiausaha kerajaan negeri. Fungsi utama ialah merancang dan menyelaras segala dasar negeri dan mengawal pelaksanaannya oleh jabatan dan agensi Kerajaan Negeri.
2. Pejabat Kewangan Negeri:-
Ia dianggap sebagai Pejabat Perbendaharaan di peringkat Persekutuan. Ketua Pentadbir utama ialah Pegawai Kewangan Negeri. Fungsi umum ialah merancang dan melaksanakan Dasar-Dasar Kewangan dan Belanjawan Negeri yang menggalakkan pembangunan. Mengagihkan sumber-sumber kewangan kepada jentera pentadbiran negeri dan memantau perbelanjaannya.
3. Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri:-
Ia dianggap sebagai Pejabat Peguam Negara di peringkat Persekutuan. Fungsi utama bertanggungjawab memberikan nasihat mengenai berbagai-bagai perkara berkaitan perundangan kepada Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Negeri.
4. Unit Perancang Ekonomi Negeri:-
Ia dianggap sebagai Majlis Pembangunan Ekonomi di peringkat Persekutuan. Fungsinya ialah merancang dan menyelaras usaha pembangunan ekonomi negeri seperti

Kedudukan Kerajaan Negeri Berasaskan Perlembagaangn

Sistem Kerajaan Malaysia adalah berbentuk Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri mempunyai bidang kuasa masing-masing. Perlembagaan Persekutuan menjamin Perlembagaan Negeri (Perkara 71 PP).
Kerajaan Negeri diperuntukkan oleh perlembagaan atas kuasa perundangan dan pentadbiran, sebagaimana dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama .
Peruntukkan tersebut juga hendaklah diguna bersama beberapa perkara lain seperti yang tertera dalam Bahagian ke-5, Bahagian ke-6. Contohnya Perkara 76 dan perkara 83.
Raja dan yang Dipertua Negeri merupakan individu tertinggi dan mengatasi orang lain dalam negeri baginda dan mengatasi raja atau Yang Dipertua Negeri lain (Perkara 70 PP).
Raja/Sultan menduduki institusi tersebut secara warisan. Di Negeri Sembilan, Undang mempunyai kuasa untuk memilih Yam Tuan Besar.
Yang dipertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Menteri negeri berkenaan. Lantikan ialah selama empat tahun dan boleh disambung semula.
Sultan/Raja dan Yang Dipertua Negeri merupakan Ketua Negeri dan memegang kuasa eksekutif negeri. Dari segi pentadbiran, mereka mewakilkan kuasa eksekutif kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam bidang perundangan negeri, kuasa diberikan kepada Dewan (sekamar) Undangan Negeri.

Bidang Kuasa Yang Dipertua Negeri
Kuasa Nasihat:-
1. Melantik Ahli Majlis Mesyuarat
2. Melantik Majistret
3. Membuka Mesyuarat Dewan Negeri
4. Hal ehwal dasar negeri
5.Mengampunkan pesalah Jenayah
Kuasa Budi Bicara:-
1. Melantik Menteri Besar dan Ketua Menteri
2.Membubarkan Dewan Undangan Negeri
3. Menganugerahkan bintang kehormat
4. Melantik Jemaah Pemangku Raja

Perbezaan antara Sultan dengan Yang dipertua Negeri
Sultan:-
1. Kedudukan berasaskan warisan
2. Kedudukan diperakukan oleh Jemaah Negeri
3. Boleh menjadi Yang di-Pertua Agong
4. Berkuasa dalam hal ehwal agama Islam negeri
5. Boleh mengundi untuk memilih Yang di-Pertuan Agong.
Yang dipertua Negeri:-
1. Kedudukan tidak diwarisi
2. Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
3. Tidak boleh menjadi Yang di-Pertuan Agong
4. Kuasa berkaitan agama Islam diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong
5. Tidak Boleh mengundi untuk memilih Yang di-Pertuan Agong



Menteri Besar/Ketua Menteri
Menteri Besar:-
1. Terdapat disemua negeri beraja
2. Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri
3. Dilantik dari Dewan Negeri sahaja
4. Boleh memegang lebih daripada suatu portfolio
5. Pejabat utama di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
6. Pengiring sultan/raja dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Ketua Menteri:-
1. Hanya terdapat di Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
2. Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri
3. Dilantik dari Dewan Negeri sahaja.
4. Boleh memegang lebih daripada suatu portfolio
5. Pejabat utama di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
6. Pengiring Yang Dipertua Negeri dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Ahli Majlis Mesyuarat Negeri
Semenanjung Malaysia:-
1. Disebut EXCO.
2. Tanggungjawab membentuk dan mengawasi pelaksanaan dasar-dasar negeri.

Sabah:-
1. Disebut Kabinet Negeri
2. Tanggungjawab membentuk dan mengawasi pelaksanaan dasar-dasar negeri.

Sarawak:-
1. Disebut Ahli Majlis Tertinggi
2. Tanggungjawab membentuk dan mengawasi pelaksanaan dasar-dasar negeri.

Penyelarasan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Penyelarasan dilakukan dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan dan antara Persekutuan dengan Negeri. Kaedah Penyelarasan adalah melalui:-
1.Mesyuarat Kabinet
2. Peringkat Pegawai yang diketuai Ketua Setiausaha Negara dan Setiausaha Kerajaan Negeri.
3. Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
4. Mesyuarat Majlis-majlis seperti Majlis Tanah Negara.
5. Mesyuarat Jawatankuasa-jawatankuasa.
6. Mesyuarat Kementerian
7. Mesyuarat dalam kementerian
8. Mesyuarat antara kerajaan

Penyelarasan adalah penting supaya jentera pentadbiran dapat bergerak dengan pantas dan menghasilkan produktiviti yang berkualiti.

Penyelarasan (Nama Kementerian)
1.Jabatan Perdana Menteri
2. Pertanian dan Industri Asas Tani
3. Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
4. Pertahanan
5. Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
6. Pelajaran
7. Tenaga, Air dan Telekomunikasi
8. Pembangunan Usahawan dan Koperasi
9. Wilayah Persekutuan
10. Kewangan
11. Luar Negeri
12. Kesihatan
13. Pengajian Tinggi
14. Hal Ehwal Dalam Negeri
15. Perumahan dan Kerajaan Tempatan
16. Sumber Manusia
17. Penerangan
18. Keselamatan Dalam Negeri
19. Perdagangan Dalam Negeri dan Industri
20. Alam Sekitar
21. Industri Pertanian dan Komoditi
22. Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar
23. Sains, Teknologi Inovasi
24. Pelancongan
25. Pengangkutan
26. Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Pembangunan Masyarakat
27. Kerja raya
28. belia dan sukan

Selasa, 13 April 2010

Bidang Kuasa Kerajaan Persekutuan

Tanggungjawab pentadbiran kerajaan Persekutuan ditentukan mengikut bidang kuasa perundangan persekutuan, iaitu berasaskan kepada Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab dalam semua aspek pentadbiran berkaitan dengan Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama sahaja.

Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan berdasarkan Senarai Persekutuan berikut:-
1) Hal-ehwal luar negara: Kementerian Luar Negeri dan Wisma Putra.
2) Pertahanan negara: Kementerian Pertahanan
3) Keselamatan dalam negeri: Jabatan Polis, Imigresen.
4) Undang-undang dan kehakiman/keadilan: Mahkamah Awam Sivil dan Jenayah.
5) Kewarganegaraan persekutuan: Jabatan Pendaftaran Negara.
6) Jentera Kerajaan: Kementerian, jabatan dan agensi awam
7) Kewangan: Kementerian Kewangan, Bank Negara, Perbendaharaan Negara.
8) Perdagangan dan perusahaan: MITI, MATRADE
9) Perkapalan dan pelayaran; Perikanan: Kementerian Pengangkutan.
10) Perhubungan dan Pengangkutan: Kementerian Pengangkutan.
11) Kerja-kerja persekutuan: Kerja Raya dan Pembekalan utility.
12) Kerja penyelidikan/siasatan: Bancian , penyelidikan sains dan teknik
13) Pelajaran: Pelajaran Persekutuan.
14) Ubat dan kesihatan: Kementerian Kesihatan.
15) Buruh dan Keselamatan social: Kementerian Tenaga Manusia dan Jabatan Buruh.
16)Hari Pelepasan Persekutuan: Jabatan Perdana Menteri
17) Akhbar dan penapisan: Kementerian Keselamatan
18) Syarikat Kerjasama: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
19) Pelancongan: Kementerian Pelancongan
20)Kebajikan orang asli: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

Pembahagian Kuasa perundangan berasaskan Senarai Bersama:-
1) Kebajikan Masyarakat
2) Biasiswa
3) Ternakan
4) Perlindungan binatang dan burung liar.
5) Perancangan Bandar dan kampung.
6) Pemaritan dan pengairan
7) Pemulihan tanah perlombongan
8) Pemulihan tanah perlombongan.
9) Kutu rayau dan penjaja-penjaja beredar.
10) Kesihatan awam, kebersihan dan mencegah penyakit.
11) Perumahan.
12) Kebudayaan dan sukan.

Pembahagian Kuasa Perundangan berasaskan Senarai Negeri:-
1) Hal ehwal agama Islam
2) Tanah
3) Pertanian dan Perhutanan
4) Kerajaan Tempatan
5) Jentera pentadbiran kerajaan negeri
6) Kerja-kerja negeri dan kerja air.
7) Hari kelepasan negeri .
8) Penyu dan menangkap ikan di sungai.
9) Siasatan bagi maksud negeri
10) Persekutuan, muzium serta rekod purbakala dan sejarah.

Yang di-Pertuan Agong

Bertindak sebagai ketua negara Persekutuan. Baginda ialah pemegang kuasa tetinggi Persekutuan. Baginda dipilih oleh Majlis Raja-Raja dan menjalankan kuasa berdasarkan prinsip raja berperlembagaan. Baginda juga boleh dipecat oleh majlis yang sama. Baginda menjalankan kuasa berdasarkan kuasa nasihat dan budi bicara. Jadual menunjukkan beberapa kuasa nasihat yang ditentukan oleh perlembagaan atau tanggungjawab nasihat kepada Yang di-pertuan Agong. Selaku ketua negara Persekutuan, baginda berada dipuncak kuasa badan perundangan, badan pentadbiran dan badan kehakiman.

Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong

Bertindak atas Kuasa Nasihat:-
1) Melantik senator di Dewan Negara
2) Melantik speaker Dewan
3) Melantik Yang Dipetua Negeri
4) Memperkenankan rang undang-undang persekutuan
5) Membuka persidangan dewan
6) Menyampaikan titah ucapan
7) Mengistiharkan undang-undang darurat
8) Melantik Ketua Audit Negara, Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.
9) Melantik jemaah menteri
10) Melantik Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan
11) Melantik Hakim Mahkamah sesyen

Bertindak atas kuasa budi bicara
1) Melantik Perdana Menteri
2) Tidak bersetuju membubarkan Parlimen
3) Memanggil mesyuarat khas Majlis Raja-Raja

Senarai Halangan dalam Tanggungjawab Yang di-pertuan Agong
1.Melibatkan diri secara giat dalam perniagaan.
2. Memegang jawatan bergaji.
3. Meninggalkan Malaysia lebih 15 hari kecuali dengan izin Majlis Raja-Raja atau lawatan ke luar negara.
4. Menerima gaji dari negeri baginda sendiri.
5. Menjalankan kuasa sultan di negeri sendiri kecuali ketua agama islam negeri, pindaan perlembagaan negeri serta pelantikan Pemangku Raja atau jemaah Pemangku Raja.

Majlis Raja-Raja

Dianggotai oleh Sembilan raja-raja Melayu dan empat orang yang Dipertua Negeri. Setiausaha Majlis Raja-Raja ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Hanya Sembilan raja-raja berhak memilih dan dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Majlis Raja-Raja merupakan badan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan negeri. Fungsi Majlis Raja-Raja ialah:-
1) Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong.
2) Menimbang perkara berkaitan dasar negara; termasuk perlantikan hakim, Ketua Audit Negara dan semua ahli suruhanjaya.
3) Menyetujui atau sebaliknya tentang apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama yang melibatkan seluruh Persekutuan.
4) Menyetujui atau sebaliknya tentang segala fungsi yang melibatkan persetujuan majlis tersebut seperti pengubahan sempadan pilihan raya dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Suruhanjaya

Suruhanjaya merupakan suatu badan bebas. Ahli-ahlinya dilantik oleh Yang di-pertuan Agong. Terdapat 3 jenis suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Perkhidmatan dan Suruhanjaya Di Raja:
1) Suruhanjaya Pilihan Raya: Berfungsi menjalankan pilihan raya.
2) Suruhanjaya Perkhidmatan: Berfungsi menguruskan anggota perkhidmatan dari segi perlantikan, kenaikan pangkat atau tindakan tata tertib. Contoh; Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang, Suruhanjaya Pasukan Polis, Majlis Angkatan Tentera,
3) Suruhanjaya Di Raja: Berfungsi menjalankan siasatan, rumusan dan cadangan atas nama Yang di-Pertuan Agong untuk disampaikan kepada kerajaan. Contoh suruhanjaya: Suruhanjaya Athi Nahappan (1976) penyusunan semula Pihak Berkuasa Tempatan, Suruhanjaya Penambahbaikan Perkhidmatan Polis (2000).

Ketua Audit Negara

Perlantikan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong. Tugas Ketua Audit Negara ialah mengaudit akaun Persekutuan negeri, akaun Pihak Berkuasa Tempatan dan akaun organisasi awam yang mengurus wang awam. Ketua Audit Negara bertanggungjawab kepada Dewan Rakyat. Laporan Ketua Audit Negara dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Kabinet

Kabinet di ketuai oleh Perdana Menteri. Beliau ialah Ketua Eksekutif. Perdana Menteri perlu mandat kepercayaan majority ahli kabinetnya. Anggota cabinet dikenali sebagai Jemaah Menteri. Anggota kabinet berasal dari Dewan Rakyat, tetapi boleh berasal dari Dewan Negara. Setiap ahli jemaah menteri akan memegang portfolio di sesebuah kementerian. Fungsi kabinet ialah membincangkan, menggubal dan menyelaras dasar-dasar Kerajaan Persekutuan. Seseorang menteri boleh membawa kertas cabinet yang mengandungi usul-usul perundangan atau kaedah perlaksanaan bagi pihak kementeriannya. Keputusan cabinet merupakan keputusan kolektif. Mana-mana anggota jemaah menteri yang tidak bersetuju dengan keputusan cabinet perlu meletak jawatan. Dari segi tanggungjawab, seseorang menteri cabinet tertakluk kepada tanggungjawab individu. Mesyuarat cabinet turut dihadiri oleh ahli ex-officio iaitu Ketua Setiausaha Negara selaku Setiausaha Kabinet, Peguam Negara dan Ketua Perbendaharaan Negara. Semua arahan cabinet dijalankan oleh jentera pentadbiran kerajaan persekutuan. Kabinet turut dibantu oleh jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa Tetap dan Jawatankuasa Khas. Jawatankuasa dipengerusikan oleh seorang menteri dan dibantu oleh menteri dan pegawai-pegawai kementerian.

Jabatan Perdana Menteri
Merupakan Pejabat Utama Pentadbiran Persekutuan dan paling penting antara semua kementerian. JPM juga merupakan kementerian utama yang membentuk dan menyelaras dasar-dasar kerajaan. Ketua di Jabatan Perdana Menteri ialah Perdana Menteri. Selain itu, terdapat Timbalan Perdana Menteri serta beberapa orang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ketua Pentadbir Utama di JPM ialah Ketua Setiausaha Negara. Beliau juga merupakan penasihat Perdana Menteri.
Fungsi Jabatan Perdana Menteri ialah:
1) Merancang, merumus dan menyelaraskan semua dasar negara.
2) Menyelaras semua dasar yang dipertanggungjawab kepada semua kementerian dengan cekap dan berkesan.
3) Mengurus semua urusetia di bawah kendalian JPM, iaitu Majlis Perancangan Negara, Majlis Pembangunan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Majlis Khidmat Negara.

Terdapat beberapa agensi dibawah JPM, iaitu:-
1) Jabatan Peguan Negara.
2) Petronas
3) Biro Pencegah Rasuah
4) Semua Agensi Pusat seperti JPA, UPE, UPP, SERU dan MAMPU.
5) Perbendaharaan terletak di bawah Kementerian Kewangan.
6) Jabatan Audit Negara
7) Jabatan Perangkaan
8) Biro Bantuan Guaman dan Biro Pengaduan Awam.
9) Lembaga Tabung Haji, FELDA dan Jabatan Perpaduan Negara.

Kementerian

Kementerian diketuai secara eksekutif oleh seorang menteri. Kementerian merupakan agensi tertinggi dalam struktur pentadbiran Persekutuan. Ia juga merupakan jentera utama pentadbiran kerajaan Persekutuan. Sehingga Julai 2007, terdapat 28 buah kementerian. Di sesebuah kementerian , seseorang menteri lazimnya dibantu oleh seorang atau lebih Timbalan Menteri, bergantung kepada saiz dan tanggungjawab sesebuah kementerian. Setiap kementerian mempunyai setiausaha Parlimen. Setiausaha Parlimen dilantik oleh Perdana Menteri sama ada dari kalangan ahli Dewan Rakyat ataupun ahli Dewan Negara. Ketua pentadbir utama di sesebuah kementerian dan dibantu oleh beberapa Setiausaha Kementerian. Secara umumnya tiap-tiap kementerian berperanan menggubal dasar, merancang, mengawal dan menyelaras pelaksanaan program-program kementerian.

Jabatan-jabatan
Jabatan ialah sebuah agensi pelaksana pentadbiran yang penting dan terletak di bawah pengawasan sesebuah kementerian. Kebanyakan jabatan yang dimiliki oleh Persekutuan mempunyai cawangan-cawangan di peringkat negeri dan daerah. Contohnya Kementerian Pelajaran mempunyai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Terdapat juga jabatan yang beroperasi di Peringkat Persekutuan sahaja seperti Wisma Putra yang mengendalikan hal-ehwal luar negara mengikut ketetapan Kementerian Luar Negara. Berikut beberapa contoh jabatan yang bertanggungjawab kepada sesebuah kementerian:-
1)Kementerian: Keselamatan Dalam Negeri – Jabatan: Jabatan Polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara.
2) Kementerian: Kewangan – Jabatan: Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri.
3) Kementerian: Pelajaran – Jabatan: Jabatan Pelajaran Negeri dan Daerah, Dewan Bahasa dan Pustaka.
4) Kementerian: Kementerian Kerja Raya – Jabatan: Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur.
5) Kementerian: Kementerian Pengangkutan – Jabatan: Jabatan Pengangkutan Jalan, PUSPAKOM.

Perbadanan Awam: Badan Berkanun dan badan Tidak Berkanun
Perbadanan awam merupakan pertubuhan diperbadankan oleh kerajaan sama ada melalui undang-undang Statut ataupun Akta Syarikat. Badan Berkanun terdiri daripada dua bentuk, iaitu Badan Berkanun Persekutuan (ditubuhkan di bawah Akta Parlimen) dan Badan Berkanun Negeri (ditubuhkan di bawah Enakmen atau Ordinan Negeri):-
1.Badan Berkanun Persekutuan:- Berkaitan Pembangunan Tanah dan Wilayah. Contohnya RISDA, FELDA, FELCRA, DARA, KEJORA, KETENGAH, JENGKA, KESEDAR. Berkaitan Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar. Contohnya MAJUTERNaK, FAMA, MARDI, MARDEC, LPP, LKIM, PORIM.
2. Berkaitan dengan pembangunan ekonomi negeri (PKN). Contoh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT) dan Sebagainya.

Badan Tidak Berkanun ditubuhkan melalui Akta Syarikat di mana kerajaan mempunyai kepentingan. Fokus utama badan ini ialah memperoleh keuntungan, berbanding badan berkanun yang mengutamakan perkhidmatan masyarakat. Badan Tidak Berkanun boleh ditubuhkan oleh Badan Berkanun (seolah-olah sebagai anak syarikat) ataupun oleh entity lain. Contohnya:-
1.Badan Berkanun: PETRONAS – Badan Tidak Berkanun: PETRONAS DAGANG
2. Badan Berkanun: MARA – Badan Tidak Berkanun: MARA HOLDINGS
3. Badan Berkanun: FELDA – Badan Tidak Berkanun: FELDA NIAGA.

Sabtu, 10 April 2010

Beberapa Perkara Penting Dalam Perlembagaan Persekutuan

Corak Kerajaan
1. Mengamalkan system Kerajaan Persekutuan serta menggunakan system pengagihan kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri.
2. Ketua negara ialah Yang di-Pertuan Agong. Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri.
3. Wujud pengasingan kuasa antara badan perundangan, badan pentadbiran dan badan kehakiman dengan jelas.

Kebebasan Asasi

1. Terdapat dua kategori kebebasan asasi rakyat, iaitu:
a) Kebebasan mutlak. Contohnya bebas daripada penghambaan.
b) Kebebasan Bersyarat. Iaitu semua kebebasan asasi dan boleh dibatasi oleh undang-undang.
2. Jadual di bawah menunjukkan beberapa bentuk kebebasan dan criteria-kriteria yang perlu ada.
Bentuk Kebebasan
(Bahagian 2PP) Ciri-ciri/Kriteria
Kebebasan diri/nyawa (Kecuali menurut undang-undang) • Subjek perlu diberitahu sebab dia ditangkap.
• Subjek perlu dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh 24 jam jika ada merit atau perlu dilepaskan
Larangan pengabdian dan kerja paksa • Subjek dilarang bekerja secara paksa oleh mana-mana institusi kecuali terlibat dengan kerahan tenaga atau hukuman penjara.
Perlindungan penguatkuasaan undang-undang terkebelakang • Tidak boleh dihukum atas perbuatan masa lalu yang hanya menjadi kesalahan pada masa kini.
Perlindungan pembicaraan berulang • Tidak boleh dibicarakan semula di atas kesalahan yang sama kecuali mendapat perintah daripada Mahkamah Tinggi.
Kesamarataan di sisi undang-undang (kecuali yang ditetapkan oleh Perlembagaan) • Perlindungan sama rata.
• Tidak boleh membeza-bezakan subjek atas sebab agama, kaum, keturunan, tempat lahir atau negeri di mana dia tinggal.
Larangan dibuang negeri dan kebebasan bergerak • Boleh bergerak ke mana sahaja dalam persekutuan, kecuali mengikut sekatan undang-undang yang diperuntukkan mengikut perlembagaan.
Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan • Subjek bebas menyuarakan pandangan setakat yang tidak dikecualikan oleh undang-undang atau sekatan parimen.
Kebebasan beragama (kecuali menurut undang-undang) • Islam agama rasmi tetapi membenarkan agama lain diamalkan di kalangan penganutnya. Kesucian Islam dilindungi dengan peruntukan perlembagaan agama Islam dalam bidang kuasa negeri.
Kebebasan dalam pelajaran • Semua rakyat berhak mendapat pelajaran
Hak terhadap Harta • Harta seseorang dilindungi oleh undang-undang dan tidak boleh dilucutkan hartanya kecuali menurut undang-undang.
• Tidak boleh diambil harta seseorang tanpa pampasan yang sewajarnya.



Kewarganegaraan
1. Terdapat tiga aspek utama berkaitan kewarganegaraan, iaitu:
a) Perolehan kewarganegaraan
b) Penolakan Kewarganegaraan
c) Perlucutan kewarganegaraan
2. Seseorang rakyat akan memperolehi kewarganegaraan melalui empat cara seperti yang ditunjukkan di bawah:-
a) Bentuk Perolehan Kewarganegaraan:Kuatkuasa undang-undang. Kriteria: Lahir sebelum 16 September 1963 dan menjadi warganegara Persekutuan. Lahir selepas 16 September 1963.
b) Bentuk Perolehan Kewarganegaraan: Pendaftaran. Kriteria: Isteri dan anak warganegara. Telah bermastautin selama 2 tahun sebelum permohonan dan berniat terus bermastautin serta berkelakuan baik. Atau Seseorang berumur kurang 21 tahun. Ibu atau bapanya warganegara Persekutuan dan dilahirkan sebelum Oktober 1962. Atau seseorang berumur 18 tahun ke atas dan lahir di mana-mana negeri Persekutuan sebelum 31 Ogos 1957. Telah membuktikan bermastautin selama lima dari tujuh tahun sebelum permohonan dan berniat terus bermastautin; berpengetahuan asas bahasa melayu yang memadai serta berkelakuan baik. Atau seseorang berumur 18 tahun bermastautin di Sabah dan Sarawak pada 16 september 1963. Telah bermastautin sebelum tarikh tersebut dan selepas tempoh itu telah bermastautin selama tujuh daripada 10 tahun sebelum permohonan. Bagi pemohon berumur 45 tahun ke atas yang dibuat sebelum September 1965, perlu mempunyai asas bahasa Melayu atau bahasa inggeris.
c) Bentuk Perolehan Kewarganegaraan: Naturalisasi (Turut dikenali sebagai masukan atau permohonan). Kriteria: Kes bagi seseorang warganegara asing yang berumur 21 tahun ke atas. Perlu memenuhi empat syarat, iaitu telah bermastautin 10 tahun daripada 12 tahun, berniat bermastautin tetap, berpengetahuan asas Bahasa Melayu, Berkelakuan baik.
d) Bentuk Perolehan Kewarganegaraan: Percantuman wilayah. Penggabungan wilayah sempena hari Malaysia bagi warganegara Singapura, United Kingdom, warganegara Sabah dan Sarawak serta pemastautin Sabah dan Sarawak.
4. Penolakan kewarganegaraan, iaitu seseorang yang secara pilihan sendiri menjadi warganegara lain dan membuat akuan yang didaftarkan oleh Kerajaan Persekutuan.
5. Perlucutan kewarganegaraan, iaitu kerajaan persekutuan menggunakan kuasa perundangannya untuk menamatkan warga seorang. Hal ini disebabkan:
a) Memperolehi kewarganegaraan lain (dwi warganegara).
b) Jika berada di negara asing melebihi 5 tahun dan tidak mendaftar di pejabat kedutaan/konsulat Malaysia.
c) Tidak setia kepada Malaysia melalui percakapan atau tindakannya.
d) Menyokong atau bersubahat atau berurusan dengan mush semasa peperangan.
e) Memperoleh kewarganegaraan Persekutuan secara tidak jujur.
f) Perempuan asing yang kematian suami warganegara sebelum dua tahun hari jadi perkahwinan.

Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak

1. Ia merupakan satu ikrar persetujuan kaum bukan Melayu atas tolak ansur penerimaan kewarganegaraan secara jus soli kepada mereka.
2. Tolak ansur antara kaum ini dipersetujui bersama demi menjamin kestabilan dan perpaduan negara.
3. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan beberapa keistimewaan, iaitu:
a) Pemegangan jawatan dalam perkhidmatan awam.
b) Pemberian Biasiswa.
c) Pemberian Permit dan Lesen.
4. Yang di-pertuan Agong diperuntukkan kuasa khas bagi menjamin perkara tersebut.

Perkhidmatan Awam

1. Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan mengkategorikan Perkhidmatan awam kepada:
a) Perkhidmatan Tentera
b) Perkhidmatan kehakiman dan undang-undang.
c) Perkhidmatan awam am persekutuan
d) Perkhidmatan awam bersama
e) Perkhidmatan polis
f) Perkhidmatan awam negeri
g) Perkhidmatan pelajaran
2. Contoh perlindungan perlembagaan terhadap penjawat awam ialah:
a) Penjawat awamtidak boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa yang lebih rendah daripada yang melantiknya.
b) Penjawat awam tidak boleh dikenakan tindakan tanpa diberi peluang munasabah untuk didengar.

Bahasa Kebangsaan
1. Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Peruntukan ini tercatat dalam Perkara 152. Ia digunakan untuk maksud rasmi.
2. Penggunaan Bahasa Melayu di Parlimen dimestikan.
3. Maksud penggunaan rasmi ialah sebarang maksud penggunaan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan penggunaan oleh pihak berkuasa awam.

Kandungan Perlembagaan Persekutuan

Bahagian 1, Perkara 1-4, Kandungan: Negeri-negeri, agama dan undang-undang bagi persekutuan.
Bahagian 2, perkara 5-13, Kandungan: kebebasan asasi.
Bahagian 3, perkara 14-31, Kandungan: Kewarganegaraan.
Bahagian 4, perkara 32-69, Kandungan: Persekutuan: Ketua Negara, Majlis Raja-Raja dan Perundangan.
Bahagian 5, perkara 70-72, Kandungan: Negeri-negeri.
Bahagian 6: perkara 73-95, Kandungan: Perhubungan antara Persekutuan dengan negeri.
Bahagian 7: perkara 96-112, kandungan: Peruntukan-peruntukan kewangan.
Bahagian 8: perkara 113-131, Kandungan: Pilihan Raya.
Bahagian 9: Perkara 121-131, Kandungan: Kehakiman
Bahagian 10: perkara 132-148, Kandungan: Perkhidmatan Awam.
Bahagian 11: Perkara 149-151, Kandungan: Kuasa-kuasa khas menentang subversif dan kuasa darurat.
Bahagian 12: Perkara 152-160, Kandungan: Am dan pelbagai.
Bahagian 12A: Perkara 161-161H, Kandungan: Perlindungan Tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak.
Bahagian 13: Perkara 162-180, Kandungan: Peruntukan sementara dan peralihan
Bahagian 14: Perkara 181, Kandungan: Pengecualian Raja-Raja.
Bahagian 15: Perkara 182-183, Kandungan: Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja.


Peruntukan Bagi Perlembagaan Negeri-negeri

Dijamin oleh perlembagaan berdasarkan kepada system Kerajaan Persekutuan. Perlembagaan negeri melaksanakan segala kuasa-kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan tidak boleh bercanggah dengan peruntukkan perlembagaan. Perkara berikut diubah suai daripada peruntukan perlembagaan ke atas kuasa negeri-negeri.
1. Sistem Pemerintahan: Kedudukan ketua negeri dan ketua kerajaan negeri. Fungsi dan kuasa Majlis Mesyuarat Negeri/Dewan Undangan Negeri.
2. Pentadbiran: Peruntukan kuasa autonomi dalam pentadbiran Kerajaan Negeri (lantikan dan perjalan).
3. Kedudukan agama islam: Ketua agama Islam negeri bagi negeri bersultan. Ketua agama Islam persekutuan bagi negeri tidak bersultan.
d) Kuasa-kuasa negeri: Megikut peruntukan dalam Senarai Bersama, Senarai Negeri dan Kuasa Baki Perundangan (jika perlu).

Pengenalan Perlembagaan

Pengenalan Perlembagaan

Perlembagaan Malaysia dinamakan sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan asalnya digunakan untuk seluruh Semenanjung Malaysia (1957) dan kemudiannya diperluaskan ke Sabah dan Sarawak selepas kedua-dua negeri itumenyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perlembagaan Persekutuan digubal oleh suruhanjaya reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning, Sir William Mckell (Australia), B.Malik dan Hakim A.Hamid. Perlembagaan Persekutuan yang asal mengandungi 14 perkara dengan 181 perkara tetapi pada tahun 1984, pindaan telah dibuat dengan menambah 1 lagi bahagian dengan 2 perkara, menjadikannya 15 bahagian dengan 183 perkara. Perlembagaan juga dikenali sebagai suatu kumpulan peraturan atau set undang-undang utama yang menentukan system kerajaan, pembahagian kuasa, peranan dan fungsi organisasi tertinggi negara, hak-hak rakyat dan pelbagai perkara yang lain.


Konsep ketertinggian Perlembagaan

Perlembagaan merupakan suatu dokumen undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia juga dikenali sebagai sumber segala perundangan atau sumber rujukan perundangan tertinggi negara. Konsep ketertinggian perlembagaan ialah tiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan. Hal ini dikenali sebagai keluhuran perlembagaan. Mahkamah berkuasa membatalkan mana-mana undang-undang yang digubal oleh mana-mana statut apabila bertentangan dengan perlembagaan. Oleh itu, semua rang undang-undang hendaklah tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan. Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya, setakat mana yang bertentangan itu.


Fungsi Perlembagaan

Menentukan corak pemerintahan negara dan hak-hak rakyat. Menentukan garis panduan atau kuasa-kuasa kepada semua badan dalam sesebuah kerajaan. Menjamin kestabilan politik dan keamanan negara. Menentukan bidang kuasa dalam system kerajaan persekutuan (Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan).


Pindaan Perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda, iaitu sama ada dibuat penambahbaikan, atau dimansuhkan. Terdapat syarat untuk melakukan pindaan iaitu:

1. Pindaan dibuat di Parlimen dengan mendapat sokongan dua per tiga daripada jumlah ahli Parlimen.

2. Pindaan dibuat dengan sokongan terlebih dahulu Majlis Raja-Raja Melayu atau Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak sebelum sokongan dua pertiga ahli Parlimen.