Sabtu, 10 April 2010

Beberapa Perkara Penting Dalam Perlembagaan Persekutuan

Corak Kerajaan
1. Mengamalkan system Kerajaan Persekutuan serta menggunakan system pengagihan kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri.
2. Ketua negara ialah Yang di-Pertuan Agong. Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri.
3. Wujud pengasingan kuasa antara badan perundangan, badan pentadbiran dan badan kehakiman dengan jelas.

Kebebasan Asasi

1. Terdapat dua kategori kebebasan asasi rakyat, iaitu:
a) Kebebasan mutlak. Contohnya bebas daripada penghambaan.
b) Kebebasan Bersyarat. Iaitu semua kebebasan asasi dan boleh dibatasi oleh undang-undang.
2. Jadual di bawah menunjukkan beberapa bentuk kebebasan dan criteria-kriteria yang perlu ada.
Bentuk Kebebasan
(Bahagian 2PP) Ciri-ciri/Kriteria
Kebebasan diri/nyawa (Kecuali menurut undang-undang) • Subjek perlu diberitahu sebab dia ditangkap.
• Subjek perlu dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh 24 jam jika ada merit atau perlu dilepaskan
Larangan pengabdian dan kerja paksa • Subjek dilarang bekerja secara paksa oleh mana-mana institusi kecuali terlibat dengan kerahan tenaga atau hukuman penjara.
Perlindungan penguatkuasaan undang-undang terkebelakang • Tidak boleh dihukum atas perbuatan masa lalu yang hanya menjadi kesalahan pada masa kini.
Perlindungan pembicaraan berulang • Tidak boleh dibicarakan semula di atas kesalahan yang sama kecuali mendapat perintah daripada Mahkamah Tinggi.
Kesamarataan di sisi undang-undang (kecuali yang ditetapkan oleh Perlembagaan) • Perlindungan sama rata.
• Tidak boleh membeza-bezakan subjek atas sebab agama, kaum, keturunan, tempat lahir atau negeri di mana dia tinggal.
Larangan dibuang negeri dan kebebasan bergerak • Boleh bergerak ke mana sahaja dalam persekutuan, kecuali mengikut sekatan undang-undang yang diperuntukkan mengikut perlembagaan.
Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan • Subjek bebas menyuarakan pandangan setakat yang tidak dikecualikan oleh undang-undang atau sekatan parimen.
Kebebasan beragama (kecuali menurut undang-undang) • Islam agama rasmi tetapi membenarkan agama lain diamalkan di kalangan penganutnya. Kesucian Islam dilindungi dengan peruntukan perlembagaan agama Islam dalam bidang kuasa negeri.
Kebebasan dalam pelajaran • Semua rakyat berhak mendapat pelajaran
Hak terhadap Harta • Harta seseorang dilindungi oleh undang-undang dan tidak boleh dilucutkan hartanya kecuali menurut undang-undang.
• Tidak boleh diambil harta seseorang tanpa pampasan yang sewajarnya.



Kewarganegaraan
1. Terdapat tiga aspek utama berkaitan kewarganegaraan, iaitu:
a) Perolehan kewarganegaraan
b) Penolakan Kewarganegaraan
c) Perlucutan kewarganegaraan
2. Seseorang rakyat akan memperolehi kewarganegaraan melalui empat cara seperti yang ditunjukkan di bawah:-
a) Bentuk Perolehan Kewarganegaraan:Kuatkuasa undang-undang. Kriteria: Lahir sebelum 16 September 1963 dan menjadi warganegara Persekutuan. Lahir selepas 16 September 1963.
b) Bentuk Perolehan Kewarganegaraan: Pendaftaran. Kriteria: Isteri dan anak warganegara. Telah bermastautin selama 2 tahun sebelum permohonan dan berniat terus bermastautin serta berkelakuan baik. Atau Seseorang berumur kurang 21 tahun. Ibu atau bapanya warganegara Persekutuan dan dilahirkan sebelum Oktober 1962. Atau seseorang berumur 18 tahun ke atas dan lahir di mana-mana negeri Persekutuan sebelum 31 Ogos 1957. Telah membuktikan bermastautin selama lima dari tujuh tahun sebelum permohonan dan berniat terus bermastautin; berpengetahuan asas bahasa melayu yang memadai serta berkelakuan baik. Atau seseorang berumur 18 tahun bermastautin di Sabah dan Sarawak pada 16 september 1963. Telah bermastautin sebelum tarikh tersebut dan selepas tempoh itu telah bermastautin selama tujuh daripada 10 tahun sebelum permohonan. Bagi pemohon berumur 45 tahun ke atas yang dibuat sebelum September 1965, perlu mempunyai asas bahasa Melayu atau bahasa inggeris.
c) Bentuk Perolehan Kewarganegaraan: Naturalisasi (Turut dikenali sebagai masukan atau permohonan). Kriteria: Kes bagi seseorang warganegara asing yang berumur 21 tahun ke atas. Perlu memenuhi empat syarat, iaitu telah bermastautin 10 tahun daripada 12 tahun, berniat bermastautin tetap, berpengetahuan asas Bahasa Melayu, Berkelakuan baik.
d) Bentuk Perolehan Kewarganegaraan: Percantuman wilayah. Penggabungan wilayah sempena hari Malaysia bagi warganegara Singapura, United Kingdom, warganegara Sabah dan Sarawak serta pemastautin Sabah dan Sarawak.
4. Penolakan kewarganegaraan, iaitu seseorang yang secara pilihan sendiri menjadi warganegara lain dan membuat akuan yang didaftarkan oleh Kerajaan Persekutuan.
5. Perlucutan kewarganegaraan, iaitu kerajaan persekutuan menggunakan kuasa perundangannya untuk menamatkan warga seorang. Hal ini disebabkan:
a) Memperolehi kewarganegaraan lain (dwi warganegara).
b) Jika berada di negara asing melebihi 5 tahun dan tidak mendaftar di pejabat kedutaan/konsulat Malaysia.
c) Tidak setia kepada Malaysia melalui percakapan atau tindakannya.
d) Menyokong atau bersubahat atau berurusan dengan mush semasa peperangan.
e) Memperoleh kewarganegaraan Persekutuan secara tidak jujur.
f) Perempuan asing yang kematian suami warganegara sebelum dua tahun hari jadi perkahwinan.

Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak

1. Ia merupakan satu ikrar persetujuan kaum bukan Melayu atas tolak ansur penerimaan kewarganegaraan secara jus soli kepada mereka.
2. Tolak ansur antara kaum ini dipersetujui bersama demi menjamin kestabilan dan perpaduan negara.
3. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan beberapa keistimewaan, iaitu:
a) Pemegangan jawatan dalam perkhidmatan awam.
b) Pemberian Biasiswa.
c) Pemberian Permit dan Lesen.
4. Yang di-pertuan Agong diperuntukkan kuasa khas bagi menjamin perkara tersebut.

Perkhidmatan Awam

1. Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan mengkategorikan Perkhidmatan awam kepada:
a) Perkhidmatan Tentera
b) Perkhidmatan kehakiman dan undang-undang.
c) Perkhidmatan awam am persekutuan
d) Perkhidmatan awam bersama
e) Perkhidmatan polis
f) Perkhidmatan awam negeri
g) Perkhidmatan pelajaran
2. Contoh perlindungan perlembagaan terhadap penjawat awam ialah:
a) Penjawat awamtidak boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa yang lebih rendah daripada yang melantiknya.
b) Penjawat awam tidak boleh dikenakan tindakan tanpa diberi peluang munasabah untuk didengar.

Bahasa Kebangsaan
1. Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Peruntukan ini tercatat dalam Perkara 152. Ia digunakan untuk maksud rasmi.
2. Penggunaan Bahasa Melayu di Parlimen dimestikan.
3. Maksud penggunaan rasmi ialah sebarang maksud penggunaan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan penggunaan oleh pihak berkuasa awam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan