Sabtu, 10 April 2010

Pengenalan Perlembagaan

Pengenalan Perlembagaan

Perlembagaan Malaysia dinamakan sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan asalnya digunakan untuk seluruh Semenanjung Malaysia (1957) dan kemudiannya diperluaskan ke Sabah dan Sarawak selepas kedua-dua negeri itumenyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perlembagaan Persekutuan digubal oleh suruhanjaya reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning, Sir William Mckell (Australia), B.Malik dan Hakim A.Hamid. Perlembagaan Persekutuan yang asal mengandungi 14 perkara dengan 181 perkara tetapi pada tahun 1984, pindaan telah dibuat dengan menambah 1 lagi bahagian dengan 2 perkara, menjadikannya 15 bahagian dengan 183 perkara. Perlembagaan juga dikenali sebagai suatu kumpulan peraturan atau set undang-undang utama yang menentukan system kerajaan, pembahagian kuasa, peranan dan fungsi organisasi tertinggi negara, hak-hak rakyat dan pelbagai perkara yang lain.


Konsep ketertinggian Perlembagaan

Perlembagaan merupakan suatu dokumen undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia juga dikenali sebagai sumber segala perundangan atau sumber rujukan perundangan tertinggi negara. Konsep ketertinggian perlembagaan ialah tiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan. Hal ini dikenali sebagai keluhuran perlembagaan. Mahkamah berkuasa membatalkan mana-mana undang-undang yang digubal oleh mana-mana statut apabila bertentangan dengan perlembagaan. Oleh itu, semua rang undang-undang hendaklah tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan. Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya, setakat mana yang bertentangan itu.


Fungsi Perlembagaan

Menentukan corak pemerintahan negara dan hak-hak rakyat. Menentukan garis panduan atau kuasa-kuasa kepada semua badan dalam sesebuah kerajaan. Menjamin kestabilan politik dan keamanan negara. Menentukan bidang kuasa dalam system kerajaan persekutuan (Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan).


Pindaan Perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda, iaitu sama ada dibuat penambahbaikan, atau dimansuhkan. Terdapat syarat untuk melakukan pindaan iaitu:

1. Pindaan dibuat di Parlimen dengan mendapat sokongan dua per tiga daripada jumlah ahli Parlimen.

2. Pindaan dibuat dengan sokongan terlebih dahulu Majlis Raja-Raja Melayu atau Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak sebelum sokongan dua pertiga ahli Parlimen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan