Selasa, 13 April 2010

Bidang Kuasa Kerajaan Persekutuan

Tanggungjawab pentadbiran kerajaan Persekutuan ditentukan mengikut bidang kuasa perundangan persekutuan, iaitu berasaskan kepada Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab dalam semua aspek pentadbiran berkaitan dengan Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama sahaja.

Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan berdasarkan Senarai Persekutuan berikut:-
1) Hal-ehwal luar negara: Kementerian Luar Negeri dan Wisma Putra.
2) Pertahanan negara: Kementerian Pertahanan
3) Keselamatan dalam negeri: Jabatan Polis, Imigresen.
4) Undang-undang dan kehakiman/keadilan: Mahkamah Awam Sivil dan Jenayah.
5) Kewarganegaraan persekutuan: Jabatan Pendaftaran Negara.
6) Jentera Kerajaan: Kementerian, jabatan dan agensi awam
7) Kewangan: Kementerian Kewangan, Bank Negara, Perbendaharaan Negara.
8) Perdagangan dan perusahaan: MITI, MATRADE
9) Perkapalan dan pelayaran; Perikanan: Kementerian Pengangkutan.
10) Perhubungan dan Pengangkutan: Kementerian Pengangkutan.
11) Kerja-kerja persekutuan: Kerja Raya dan Pembekalan utility.
12) Kerja penyelidikan/siasatan: Bancian , penyelidikan sains dan teknik
13) Pelajaran: Pelajaran Persekutuan.
14) Ubat dan kesihatan: Kementerian Kesihatan.
15) Buruh dan Keselamatan social: Kementerian Tenaga Manusia dan Jabatan Buruh.
16)Hari Pelepasan Persekutuan: Jabatan Perdana Menteri
17) Akhbar dan penapisan: Kementerian Keselamatan
18) Syarikat Kerjasama: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
19) Pelancongan: Kementerian Pelancongan
20)Kebajikan orang asli: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

Pembahagian Kuasa perundangan berasaskan Senarai Bersama:-
1) Kebajikan Masyarakat
2) Biasiswa
3) Ternakan
4) Perlindungan binatang dan burung liar.
5) Perancangan Bandar dan kampung.
6) Pemaritan dan pengairan
7) Pemulihan tanah perlombongan
8) Pemulihan tanah perlombongan.
9) Kutu rayau dan penjaja-penjaja beredar.
10) Kesihatan awam, kebersihan dan mencegah penyakit.
11) Perumahan.
12) Kebudayaan dan sukan.

Pembahagian Kuasa Perundangan berasaskan Senarai Negeri:-
1) Hal ehwal agama Islam
2) Tanah
3) Pertanian dan Perhutanan
4) Kerajaan Tempatan
5) Jentera pentadbiran kerajaan negeri
6) Kerja-kerja negeri dan kerja air.
7) Hari kelepasan negeri .
8) Penyu dan menangkap ikan di sungai.
9) Siasatan bagi maksud negeri
10) Persekutuan, muzium serta rekod purbakala dan sejarah.

Yang di-Pertuan Agong

Bertindak sebagai ketua negara Persekutuan. Baginda ialah pemegang kuasa tetinggi Persekutuan. Baginda dipilih oleh Majlis Raja-Raja dan menjalankan kuasa berdasarkan prinsip raja berperlembagaan. Baginda juga boleh dipecat oleh majlis yang sama. Baginda menjalankan kuasa berdasarkan kuasa nasihat dan budi bicara. Jadual menunjukkan beberapa kuasa nasihat yang ditentukan oleh perlembagaan atau tanggungjawab nasihat kepada Yang di-pertuan Agong. Selaku ketua negara Persekutuan, baginda berada dipuncak kuasa badan perundangan, badan pentadbiran dan badan kehakiman.

Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong

Bertindak atas Kuasa Nasihat:-
1) Melantik senator di Dewan Negara
2) Melantik speaker Dewan
3) Melantik Yang Dipetua Negeri
4) Memperkenankan rang undang-undang persekutuan
5) Membuka persidangan dewan
6) Menyampaikan titah ucapan
7) Mengistiharkan undang-undang darurat
8) Melantik Ketua Audit Negara, Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.
9) Melantik jemaah menteri
10) Melantik Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan
11) Melantik Hakim Mahkamah sesyen

Bertindak atas kuasa budi bicara
1) Melantik Perdana Menteri
2) Tidak bersetuju membubarkan Parlimen
3) Memanggil mesyuarat khas Majlis Raja-Raja

Senarai Halangan dalam Tanggungjawab Yang di-pertuan Agong
1.Melibatkan diri secara giat dalam perniagaan.
2. Memegang jawatan bergaji.
3. Meninggalkan Malaysia lebih 15 hari kecuali dengan izin Majlis Raja-Raja atau lawatan ke luar negara.
4. Menerima gaji dari negeri baginda sendiri.
5. Menjalankan kuasa sultan di negeri sendiri kecuali ketua agama islam negeri, pindaan perlembagaan negeri serta pelantikan Pemangku Raja atau jemaah Pemangku Raja.

Majlis Raja-Raja

Dianggotai oleh Sembilan raja-raja Melayu dan empat orang yang Dipertua Negeri. Setiausaha Majlis Raja-Raja ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Hanya Sembilan raja-raja berhak memilih dan dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Majlis Raja-Raja merupakan badan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan negeri. Fungsi Majlis Raja-Raja ialah:-
1) Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong.
2) Menimbang perkara berkaitan dasar negara; termasuk perlantikan hakim, Ketua Audit Negara dan semua ahli suruhanjaya.
3) Menyetujui atau sebaliknya tentang apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama yang melibatkan seluruh Persekutuan.
4) Menyetujui atau sebaliknya tentang segala fungsi yang melibatkan persetujuan majlis tersebut seperti pengubahan sempadan pilihan raya dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Suruhanjaya

Suruhanjaya merupakan suatu badan bebas. Ahli-ahlinya dilantik oleh Yang di-pertuan Agong. Terdapat 3 jenis suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Perkhidmatan dan Suruhanjaya Di Raja:
1) Suruhanjaya Pilihan Raya: Berfungsi menjalankan pilihan raya.
2) Suruhanjaya Perkhidmatan: Berfungsi menguruskan anggota perkhidmatan dari segi perlantikan, kenaikan pangkat atau tindakan tata tertib. Contoh; Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang, Suruhanjaya Pasukan Polis, Majlis Angkatan Tentera,
3) Suruhanjaya Di Raja: Berfungsi menjalankan siasatan, rumusan dan cadangan atas nama Yang di-Pertuan Agong untuk disampaikan kepada kerajaan. Contoh suruhanjaya: Suruhanjaya Athi Nahappan (1976) penyusunan semula Pihak Berkuasa Tempatan, Suruhanjaya Penambahbaikan Perkhidmatan Polis (2000).

Ketua Audit Negara

Perlantikan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong. Tugas Ketua Audit Negara ialah mengaudit akaun Persekutuan negeri, akaun Pihak Berkuasa Tempatan dan akaun organisasi awam yang mengurus wang awam. Ketua Audit Negara bertanggungjawab kepada Dewan Rakyat. Laporan Ketua Audit Negara dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Kabinet

Kabinet di ketuai oleh Perdana Menteri. Beliau ialah Ketua Eksekutif. Perdana Menteri perlu mandat kepercayaan majority ahli kabinetnya. Anggota cabinet dikenali sebagai Jemaah Menteri. Anggota kabinet berasal dari Dewan Rakyat, tetapi boleh berasal dari Dewan Negara. Setiap ahli jemaah menteri akan memegang portfolio di sesebuah kementerian. Fungsi kabinet ialah membincangkan, menggubal dan menyelaras dasar-dasar Kerajaan Persekutuan. Seseorang menteri boleh membawa kertas cabinet yang mengandungi usul-usul perundangan atau kaedah perlaksanaan bagi pihak kementeriannya. Keputusan cabinet merupakan keputusan kolektif. Mana-mana anggota jemaah menteri yang tidak bersetuju dengan keputusan cabinet perlu meletak jawatan. Dari segi tanggungjawab, seseorang menteri cabinet tertakluk kepada tanggungjawab individu. Mesyuarat cabinet turut dihadiri oleh ahli ex-officio iaitu Ketua Setiausaha Negara selaku Setiausaha Kabinet, Peguam Negara dan Ketua Perbendaharaan Negara. Semua arahan cabinet dijalankan oleh jentera pentadbiran kerajaan persekutuan. Kabinet turut dibantu oleh jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa Tetap dan Jawatankuasa Khas. Jawatankuasa dipengerusikan oleh seorang menteri dan dibantu oleh menteri dan pegawai-pegawai kementerian.

Jabatan Perdana Menteri
Merupakan Pejabat Utama Pentadbiran Persekutuan dan paling penting antara semua kementerian. JPM juga merupakan kementerian utama yang membentuk dan menyelaras dasar-dasar kerajaan. Ketua di Jabatan Perdana Menteri ialah Perdana Menteri. Selain itu, terdapat Timbalan Perdana Menteri serta beberapa orang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ketua Pentadbir Utama di JPM ialah Ketua Setiausaha Negara. Beliau juga merupakan penasihat Perdana Menteri.
Fungsi Jabatan Perdana Menteri ialah:
1) Merancang, merumus dan menyelaraskan semua dasar negara.
2) Menyelaras semua dasar yang dipertanggungjawab kepada semua kementerian dengan cekap dan berkesan.
3) Mengurus semua urusetia di bawah kendalian JPM, iaitu Majlis Perancangan Negara, Majlis Pembangunan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Majlis Khidmat Negara.

Terdapat beberapa agensi dibawah JPM, iaitu:-
1) Jabatan Peguan Negara.
2) Petronas
3) Biro Pencegah Rasuah
4) Semua Agensi Pusat seperti JPA, UPE, UPP, SERU dan MAMPU.
5) Perbendaharaan terletak di bawah Kementerian Kewangan.
6) Jabatan Audit Negara
7) Jabatan Perangkaan
8) Biro Bantuan Guaman dan Biro Pengaduan Awam.
9) Lembaga Tabung Haji, FELDA dan Jabatan Perpaduan Negara.

Kementerian

Kementerian diketuai secara eksekutif oleh seorang menteri. Kementerian merupakan agensi tertinggi dalam struktur pentadbiran Persekutuan. Ia juga merupakan jentera utama pentadbiran kerajaan Persekutuan. Sehingga Julai 2007, terdapat 28 buah kementerian. Di sesebuah kementerian , seseorang menteri lazimnya dibantu oleh seorang atau lebih Timbalan Menteri, bergantung kepada saiz dan tanggungjawab sesebuah kementerian. Setiap kementerian mempunyai setiausaha Parlimen. Setiausaha Parlimen dilantik oleh Perdana Menteri sama ada dari kalangan ahli Dewan Rakyat ataupun ahli Dewan Negara. Ketua pentadbir utama di sesebuah kementerian dan dibantu oleh beberapa Setiausaha Kementerian. Secara umumnya tiap-tiap kementerian berperanan menggubal dasar, merancang, mengawal dan menyelaras pelaksanaan program-program kementerian.

Jabatan-jabatan
Jabatan ialah sebuah agensi pelaksana pentadbiran yang penting dan terletak di bawah pengawasan sesebuah kementerian. Kebanyakan jabatan yang dimiliki oleh Persekutuan mempunyai cawangan-cawangan di peringkat negeri dan daerah. Contohnya Kementerian Pelajaran mempunyai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Terdapat juga jabatan yang beroperasi di Peringkat Persekutuan sahaja seperti Wisma Putra yang mengendalikan hal-ehwal luar negara mengikut ketetapan Kementerian Luar Negara. Berikut beberapa contoh jabatan yang bertanggungjawab kepada sesebuah kementerian:-
1)Kementerian: Keselamatan Dalam Negeri – Jabatan: Jabatan Polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara.
2) Kementerian: Kewangan – Jabatan: Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri.
3) Kementerian: Pelajaran – Jabatan: Jabatan Pelajaran Negeri dan Daerah, Dewan Bahasa dan Pustaka.
4) Kementerian: Kementerian Kerja Raya – Jabatan: Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur.
5) Kementerian: Kementerian Pengangkutan – Jabatan: Jabatan Pengangkutan Jalan, PUSPAKOM.

Perbadanan Awam: Badan Berkanun dan badan Tidak Berkanun
Perbadanan awam merupakan pertubuhan diperbadankan oleh kerajaan sama ada melalui undang-undang Statut ataupun Akta Syarikat. Badan Berkanun terdiri daripada dua bentuk, iaitu Badan Berkanun Persekutuan (ditubuhkan di bawah Akta Parlimen) dan Badan Berkanun Negeri (ditubuhkan di bawah Enakmen atau Ordinan Negeri):-
1.Badan Berkanun Persekutuan:- Berkaitan Pembangunan Tanah dan Wilayah. Contohnya RISDA, FELDA, FELCRA, DARA, KEJORA, KETENGAH, JENGKA, KESEDAR. Berkaitan Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar. Contohnya MAJUTERNaK, FAMA, MARDI, MARDEC, LPP, LKIM, PORIM.
2. Berkaitan dengan pembangunan ekonomi negeri (PKN). Contoh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT) dan Sebagainya.

Badan Tidak Berkanun ditubuhkan melalui Akta Syarikat di mana kerajaan mempunyai kepentingan. Fokus utama badan ini ialah memperoleh keuntungan, berbanding badan berkanun yang mengutamakan perkhidmatan masyarakat. Badan Tidak Berkanun boleh ditubuhkan oleh Badan Berkanun (seolah-olah sebagai anak syarikat) ataupun oleh entity lain. Contohnya:-
1.Badan Berkanun: PETRONAS – Badan Tidak Berkanun: PETRONAS DAGANG
2. Badan Berkanun: MARA – Badan Tidak Berkanun: MARA HOLDINGS
3. Badan Berkanun: FELDA – Badan Tidak Berkanun: FELDA NIAGA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan